Hoi,
Aku sedang tak ada kerja atau dalam maksud lain malas buat kerja. Sebab tu aku berharap dalam satu minggu ada lapan hari iaitu lima hari bekerja dan 3 hari hujung minggu. Gila. Aku mahu percutian pendek untuk merehatkan kepala otak yang bergulung berselirat. Aku perlu istirehat tidur yang lena dan apabila buka mata aku mahu menghirup milo panas di hadapan tumbuhan hijau. Aku mahu berjalan kaki di sepanjang jalan dengan otak kosong. Aku mahu menonton cerita lucu sehingga tersedak. Aku mahu ahhhhhh, kemahuan apakah ini. Aku mahu ketenangan. Sekian
sambung call customer....
No comments:
Post a Comment