Sunday, 28 July 2013

Lagi 10 hari nak raya

Hai,

Kerja ofis semakin banyak dan rumit macam gggrrrr (nak mencarut)

Weekend 2 hari yang tak cukup

Mood nak kemas rumah dan buat dessert

Ohh shopping raya ala kadar sebab duit takde! tapi selalu usha shopping online

Along balik kelantan ikut suami :(

Raya ada kekasih hati

Tak sabar nak cuti, bukan nak raya tapi nak CUTI.

Bai.



Sunday, 7 July 2013

Semua jauh nun di sanaaaa

Tragis betul tajuk,

Sebenarnya memang tragis pun sebab orang-orang yang aku sayang semua dah pergi jauh walaupun tak ada la jauh mana tapiiii tetap jauh dari pandangan aku.

Paling rapat, kakak aku sendiri dah pindah dekat sri kembangan. Dah tak ada kawan gaduh, rebut mesin basuh, memekak memalam, cerita sebelum tidur, kongsi makanan, komplen itu ini, ahhhh semua lahh. Banyak halangan along hadapai selepas kahwin, kita selalu cakap kenapalah kita dapat nasib macam ni kan. Sedih gilaaa

Dan meen juga telah pindah ke setia alam. Dah tak ada teman untuk dinner, round2 putrajaya, date lepas pukul 1 every saturday, teman bercerita, jalan-jalan shopping complex, makannnnn....ohhhh sedih. Sekarang, kalau nak jumpa kena tengok masa free.

Lagi satu, anak anak ning mak dah buang entah ke mana, aku tahu mak memang tak suka kucing dan aku juga tahu hidup anak-anak kucing tu tak lama kt rumah aku. Akhirnya mak buang jugak.

Sunyi.

Wednesday, 3 July 2013

Luar syurga tetapi dalam neraka

Secara jujurnya aku tak pandai tunjuk kesedihan dekat orang luar, padahal hakikatnya life aku macam gampang. Aku nak cerita pun tak pandai, seboleh-bolehnya aku nak tunjuk kat semua orang bahawa hidup aku sangat bertuah, beruntung, bahagia dan baik-baik sahaja.

Tetapiiiiiii 


Dalam hati menangis, hidup tunggang langgang

Lain dirancang, lain yang di buat

Hey,

Ada suatu hari ni kan aku pernah rasa sangat bodoh bangang lahai sebab pada mulanya dah buat perancangan elok kemas cantik-cantik, sekali aku sendiri yang rosakkan rancangan tu. Macam celak....gggrrrr.

Atau senang cerita kita dah plan baik punya, sekali tak menjadi.

Huhuhu

Kita merancang Dia menentukan. (ayat sedapkan hati)