Tragis betul tajuk,
Sebenarnya memang tragis pun sebab orang-orang yang aku sayang semua dah pergi jauh walaupun tak ada la jauh mana tapiiii tetap jauh dari pandangan aku.
Paling rapat, kakak aku sendiri dah pindah dekat sri kembangan. Dah tak ada kawan gaduh, rebut mesin basuh, memekak memalam, cerita sebelum tidur, kongsi makanan, komplen itu ini, ahhhh semua lahh. Banyak halangan along hadapai selepas kahwin, kita selalu cakap kenapalah kita dapat nasib macam ni kan. Sedih gilaaa
Dan meen juga telah pindah ke setia alam. Dah tak ada teman untuk dinner, round2 putrajaya, date lepas pukul 1 every saturday, teman bercerita, jalan-jalan shopping complex, makannnnn....ohhhh sedih. Sekarang, kalau nak jumpa kena tengok masa free.
Lagi satu, anak anak ning mak dah buang entah ke mana, aku tahu mak memang tak suka kucing dan aku juga tahu hidup anak-anak kucing tu tak lama kt rumah aku. Akhirnya mak buang jugak.
Sunyi.