Dari semalam, aku dah bermalasan tapi tetap kerja. Dari hari tu aku nak cuti weekdays tapi tetap kerja, dari hari tu aku nak pergi jalan-jalan tenangkan otak tapi tetap kerja. And now, aku rasa buntu gilaaaa. Diri sendiri terabai sebab sibuk selesaikan hal orang lain.
Dekat ofis aku rasa sangat bongok. Semua kerja tak ada yang betul, macam orang mabuk bekerja. Ya Allah selamatkanlah periuk nasi ku. Semoga boss bertahan dengan perangai ku.
Kelam kelibut
Monday, 29 April 2013
Thursday, 18 April 2013
Kau sales aku kuli
Hoi,
Kasar sungguh intro aku, sebab cerita aku pun kasar juga.
Okay lah, cerita dia pasal ada satu mamat gelap (india) kt ofis aku ni dia
sebagai sales assistant manager fuhh jawatan memang gempak la kan. Tapi bangang
sikit sebab dia punya kerja tak teratur, bukan aku nak cakap aku punya kerja
bagos sangat, kita ada hak untuk menilai orang.
Ape yer samaran aku nak bagi kat dia? Hmmm hmmm muthu ok
kot. Hahaha. Lantakk. Okay si muthu ni sangat lah menggelllabah dia punya
kerja, dengan meja tak pernah kemas, kertas bertimbun atas meja. Dia punya
arahan macam budak baru pandai bercakap. Cerita tak pernah habis. Ada lagi
terok perangai dia nanti lah aku sambung
Wednesday, 17 April 2013
A month
Semalam dapat gift card wishes dan bantal comel bentuk love,
Terharu dan malu sebab aku tak ada apa pun nak bagi as a kenangan. Takpe tunggu tunggu. Kalau korang boleh gambarkan perasaan tu macam mana, korang memang hebat. Perasaan tu, aku simpan dan kenang sebagai memori indah.
Saya cinta awak dalam dalam :)
Terharu dan malu sebab aku tak ada apa pun nak bagi as a kenangan. Takpe tunggu tunggu. Kalau korang boleh gambarkan perasaan tu macam mana, korang memang hebat. Perasaan tu, aku simpan dan kenang sebagai memori indah.
Saya cinta awak dalam dalam :)
Tuesday, 16 April 2013
Pilihanraya 2013
Hi,
Secara jujurnya aku sangat lemah dalam politik atau buta
politik atau lagi mudah tak nak ambil tahu langsung. Ini kerana dari pandangan aku
politik adalah pangkat dan perebutan kuasa. Tak kisah lah mana mana pihak
sekali pun. Aku malas nak cerita panjang berjela pasal politik sebab
bukan aku masuk bertanding pon apatah lagi YB Adun Dato and what so ever. Akhir kata, majulah sukan untuk negara, bersatu
kita teguh bercerai kita roboh. Eh?
Monday, 15 April 2013
Selasa
Selamat pagi. Dah mandi? Dah breakfast?
Hari ni ramai technician cuti, bawah kosong. Job pun tak ada sangat. Aku kat atas goyang kaki jadi lady boss.
Okay lah, nanti aku cari cerita menarik untuk di kongsi.
Pukul 5
Tak sangka dalam satu hari 3 4 5 10 post aku boleh tulis, malas mengantuk kt ofis tak payah kira lah, belum masuk aku terlentok terkebil kebil biji mata depan pc. Sebenarnya, aku nak cakap yang aku sedang tunggu jam bergerak ke angka 5, balik lah oii!
Ketika aku menulis ni, jam menunujukkan pukul 4.45, ada lagi seribu patah perkataan yang boleh aku taip tapi ahhh gila apa nak taip panjang panjang. Aku akhiri dengan ucapan drive carefully uolls!
Ketika aku menulis ni, jam menunujukkan pukul 4.45, ada lagi seribu patah perkataan yang boleh aku taip tapi ahhh gila apa nak taip panjang panjang. Aku akhiri dengan ucapan drive carefully uolls!
Sunday, 14 April 2013
Satu minggu ada lapan hari
Hoi,
Aku sedang tak ada kerja atau dalam maksud lain malas buat kerja. Sebab tu aku berharap dalam satu minggu ada lapan hari iaitu lima hari bekerja dan 3 hari hujung minggu. Gila. Aku mahu percutian pendek untuk merehatkan kepala otak yang bergulung berselirat. Aku perlu istirehat tidur yang lena dan apabila buka mata aku mahu menghirup milo panas di hadapan tumbuhan hijau. Aku mahu berjalan kaki di sepanjang jalan dengan otak kosong. Aku mahu menonton cerita lucu sehingga tersedak. Aku mahu ahhhhhh, kemahuan apakah ini. Aku mahu ketenangan. Sekian
sambung call customer....
Aku sedang tak ada kerja atau dalam maksud lain malas buat kerja. Sebab tu aku berharap dalam satu minggu ada lapan hari iaitu lima hari bekerja dan 3 hari hujung minggu. Gila. Aku mahu percutian pendek untuk merehatkan kepala otak yang bergulung berselirat. Aku perlu istirehat tidur yang lena dan apabila buka mata aku mahu menghirup milo panas di hadapan tumbuhan hijau. Aku mahu berjalan kaki di sepanjang jalan dengan otak kosong. Aku mahu menonton cerita lucu sehingga tersedak. Aku mahu ahhhhhh, kemahuan apakah ini. Aku mahu ketenangan. Sekian
sambung call customer....
Meet up
Aku nak cerita atau lebih tepat lagi meluahkan perasaaan.
Semalam aku jumpa bakal keluarga baru. Fuhhhh, segan ya amat. Aku bukan jenis yang mudah kenal atau cepat mesra. Risau juga apa tanggapan orang yang pertama kali jumpa jumpa aku. Dengan muka aku yang kerek orang akan ingat aku seorang yang sombong gila tetapi sebenarnya takkk dan sangat tak kisah (takpee).
Then, kami makan makan makan dan makan. Kebetulan aku baru cabut gigi dan tak berapa selera, aku seperti cover malu, cover makan di depan mereka. Tapi sebenarnya aku pun hantu makanan.
Keluarga mereka sangat happy, mesra, riang, dan paling best fotogenik. Aku yang segan gila bangang tiba tiba jadi blurr, aaaaa, heeeee. Ohhh okay.
And lastly, aku tak dapat nak gambarkan perasaan aku macam mana sekarang ni. Sebab semuanya di luar fikiran yang tak pernah aku fikirkan selama 24 tahun ini. Aku cuma mahu semua ini diberkati dan kekal selamanya.
Daaaa
Friday, 12 April 2013
Hutang
Aku nak cerita tentang hutang. Aku bukan dalam golongan
berada lagi kaya raya. Makan sesuap minum segelas itu sudah sangat bersyukur. Dan
aku antara salah seorang yang berhati lembut macam marshmallow. Oleh kerana rezeki aku murah (alhamdulillah), aku pinjamkan apa adanya. Ahhaaa. Cuma nak
tulis, sesiapa yang pinjam duit aku, BAYAR lah weiiii!
Thursday, 11 April 2013
Terima kasih
Untuk mereka yang pernah mainkan perasaan aku
Untuk mereka yang pernah mengecewakan aku
Untuk mereka yang pernah buang aku jauh jauh
Untuk mereka yang pernah melupakan aku
Untuk mereka yang ada ketika aku senang
Untuk mereka yang ada ketika aku jatuh
Untuk mereka yang ada ketika aku blurr
Untuk mereka yang ada ketika aku menangis
Untuk mereka yang ada ketika aku gelak kuat kuat
Untuk mereka yang ada ketika aku meluahkan perasaan
TERIMA KASIH di atas sejuta
perasaan ini. Segala keburukan atau kebaikan yang pernah aku rasa dari mereka, kini aku masih mampu berdiri dan terus berjalan
ke depan. Senyum.
Tuesday, 2 April 2013
Selepas 5 bulan
Selepas 5 bulan, aku masih menghirup milo yang sedap. Boleh bernafas. Kerana selepas 5 bulan ini, aku dapat lepak
chatime, dinner paparich, makan secret recipe percuma, lepak bulatan putrajaya dan sebagainya. Terima kasih, awak!
Kahwin 2013
Orang zaman sekarang kahwin nak meriah, nak kebabom. Meletop.
Tapi budget seciput. Kamon la, tak mati pun kalau buat sederhana. Abaikan makcik
kepoh yang suka mengata. Bukan dia yang keluar sen, kau peduli apa. Yang
penting adalah akad, selesai akad yang lain semua setel. So, live simply okeh!
Subscribe to:
Comments (Atom)
